Bismillahirahmanirahim.. Sebenarnya saya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang blogger. Mungkin kata hati saya yang menyuruh. Dahulu awak pernah membuat saya mengalirkan air mata 'terharu' semasa membaca blog awak pada kali pertamanya :'). Kini saya telah mengaliran air mata untuk kali yang keduanya. Awak, awak ingat tidak kita ada banyak persamaan. Awak pernah cakap yang awak minat pada kereta Honda Civic. Masa itu kita makan di BNO. Waktu itu saya sangat terkejut. Saya memang minat kereta itu dari kecil lagi. Awak juga tidak suka makan kacang. Saya pun sama. Kalau saya makan kerepek yang ada kacang, saya akan asingkan kacang itu. Awak sangat teliti bila menggosok baju. Saya juga sama, saya akan pastikan bahagian pada lengan itu betul-betul tajam. Hmm.. Persamaan kita yang paling ketara ialah kita berdua bertangan kidal dan dapat keputusan PMR 5B.
8 November 2012,
Masa itu kita beli icecream ini sama sama di Billion. Kita berdua sudah seperti pasangan bertunang waktu itu. haha :'D. Masa di tepi pantai, saya suapkan awak sampai comot mulut awak. Maaf, saya terlupa nak beli tisu masa itu. Awak ingat tak saya ada tumpahkan banyak sudu plastik dekat tempat kita duduk di tepi pantai itu. haha. Tempat itu dah jadi macam tempat kita sendiri. Kalau kita nak pergi tempat itu lagi senang saja sebab sudah ada tanda sudu plastik bersepah.
Panda Gemuk Comel,
Gambar inilah yang membuat saya menangis semasa baca blog awak dulu. Muka Panda ni memang sangat comel. Sekali tengok macam muka awak pun ada :D. Rasa nak cubit-cubit saja pipi dia.
Eiffel Tower, Paris.
Saya pernah berjanji pada awak saya akan bawa awak pergi tempat ini. Kita cakap nanti bila sampai di tempat ini kita nak ambil gambar banyak-banyak. Saya tahu impian saya sangat besar tetapi saya akan pastikan impian ini menjadi kenyataan suatu hari nanti. :')
Nur Amila Binti Kamarulzaman,
Saya tahu muka saya tidak seperti Harry Styles atau Zac Afron. Tetapi awak mesti ingat muka saya dan Zayn Malik ada iras-iras. Pheww.. Sejak kita berpisah hidup saya menjadi tidak sempurna. Tidur tidak lena, mandi tidak basah dan makan tidak kenyang :'( . Saya tahu saya masih belum cukup sempurna untuk awak. Saya tahu saya masih belum cukup kuat untuk awak. TETAPI, saya akan berusaha memperbaiki kelemahan saya. Awak pernah cakap cinta kita ibarat bulan dan bintang. Awak adakah Bulan Purnama dan saya adalah Bintang Kejora. Awak pernah beritahu cinta kita ibarat jam. Ia tidak akan berhenti bergerak. Saya pernah cakap pada diri saya, seseorang yang dapat buka hati saya adalah seseorang yang ISTIMEWA dan orang yang istimewa itu adalah awak. Jika kunci untuk membuka hati awak adalah hati saya, saya akan beri hati saya sepenuhnya. Akhir sekali, Baby sangat rindu Sayang. Baby sangat sayang Sayang. Baby sangat cinta Sayang. Baby sangat perlukan sayang dalam hidup Baby. Saya Sayang Awak Nur Amila. :*




No comments:
Post a Comment